FOLLOWERS
Tuesday, May 31, 2011
Sunday, May 29, 2011
Saturday, May 28, 2011
Friday, May 27, 2011
KJ JADI TREND SETTER
Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah
Thursday, May 26, 2011
CHECK KIBLAT
Matahari di Atas Ka`bah Pada 28/5/2011, InsyaALLAH
selatanonline
Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A'zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah.
Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).
- 28 MEI setiap tahun, tepat pukul 5.16 petang, dan
- 16 JULAI setiap tahun, tepat pukul 5.28 petang.
Ihsan Falak Online
Sebelum
- Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh tuan/puan mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, tuan/puan boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam tuan/puan mengikut waktu piawai yang betul.
- Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
- Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
- Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
- Dan pastikan juga tuan/puan boleh melihat matahari dari kedudukan tempat tuan/puan pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
- Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.
- Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
- Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
- Tandakan arah qiblat.
- Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
- Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
- Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.Mudah-mudahan perkongsian ini bisa memberikan manfaat buat tuan/puan yang mahu mengambil manfaat. Sebarkan, insyaALLAH…WAllahu Ta’ala A’lam.Shahmuzir Nordzahir
Wednesday, May 25, 2011
KENAPA HATI TAK BAHAGIA
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 2 . Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3. Hasad dengki Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia 5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.. 9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam" |
--
Joe
disampaikan oleh breder Joe melalui braders group.
KLpos.com | Berdosa Menyokong PAS?
.
Berdosa Menyokong PAS?
24 May 2011 10:28PM1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).
2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.
3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.
pautan:klpos
Tuesday, May 24, 2011
CLEAR BUTTON
|
Monday, May 23, 2011
Sunday, May 22, 2011
TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA
> Blog
> In Malaysia
>
> http://bloginmalaysia.com
> The most influential blogs in Malaysia.
>
> Kembalikan
> Kekuatan Orang Melayu 65 Tahun Yang Lalu!
>
> Orang
> Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilemma yang amat
> menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan
> Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan
> Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis
> dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan
> hilang di dunia?
>
> Kalau tidak pun, jenis Melayu yang bagaimana
> yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu
> sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah
> perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan
> mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan
> Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?
> Pada 11 Mei, 65 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan
> Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme
> atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. Pada
> ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal
> menyaksikan
> orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah
> mengumpulkan
> kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib
> Melayu.
> Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan
> penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada
> semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden.
> Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan
> pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa
> yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang
> Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan
> raja-raja.
> Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah
> yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan
> Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan
> negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan
> kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta
> budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.
> Yang menyedihkan apabila selepas 65 tahun
> ia ditubuhkan dan setelah 58 tahun negara merdeka, segala susah payah dan
> pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang
> sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu. Perjuangan UMNO yang menjadi
> tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan
> Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa
> mengira kaum kian dilupakan.
> Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan
> PRU ke – 12 yang lepas di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap
> sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti,
> UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang
> Melayu?
> Namun sejak akhir-akhir ini apabila terdapat
> bibit-bibit perpecahan di antara orang Melayu, sudah ada yang berani
> mengambil
> kesempatan. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil
> tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong
> dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu
> itu.
> Ia
> seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa
> raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Orang Melayu dan
> UMNO sepatutnya bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik
> balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.
> Yang menjadi persoalan sekarang mengapa para
> pemimpin Pas dan PKR diam membisu. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas
> berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka
> yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu. Setelah
> sekian lama didesak barulah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang
> Karpal Singh adalah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Presiden Pas sendiri
> sehingga sekarang masih membisu. Mungkin sedang mencari fatwa yang sesuai
> untuk digunakan? Malah lebih memeranjatkan lagi apabila penasihat PKR,
> Anwar Ibrahim dengan egonya mempertahankan tindakan Karpal Singh. Sekarang
> mungkin rakyat sudah nampak “ warna sebenar “ Anwar Ibrahim.
> Mungkin kita masih tersentak dengan sikap
> bekas Menteri Besar Perak yang telah kehilangan kuasa dengan biadapnya
> memohon ‘ derhaka ‘ kepada sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan
> krisis yang berlaku di Perak. Tidak pernah terjadi didalam sejarah melayu
> apabila rakyatnya memohon derhaka semata-mata kerana gila dan tamakkan
> kuasa! Siapa sebenar dalang dibelakang Mohd Nizar sehingga hilang maruahnya
> sebagai seorang melayu yang beragama Islam.
> Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan
> Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan
> kemampuan
> sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Malah ada
> ketikanya
> Nik Aziz sendiri tidak mengaku beliau memperjuangkan melayu! Melayu pada
> Nik Aziz adalah hanya apabila terdesak untuk mendapatkan undi sahaja.
> Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat
> (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka yang mana kalau
> dilihat daripada peratus pemimpin Melayu mereka tak sampai separuh? Berapa
> ramai anggota IFC (Interfaith Commission) terdiri daripada pemimpin PKR?
> IFC ditubuhkan dengan matlamat meminda beberapa
> ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak
> kepada kepentingan orang bukan Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam di
> dalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud di dalam PKR. Apabila
> berjaya
> memerintah Selangor dan bersekongkol dengan DAP, sudah mengeluarkan
> kenyataan
> untuk menghapuskan DEB. Bolehkan PKR mengambil alih peranan UMNO untuk
> membela nasib orang Melayu?
> Adakah disebabkan DAP adalah ahli keluarga
> Pakatan Rakyat, mereka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga sanggup
> melihat Raja-Raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan
> hanya menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka barulah
> mereka bertindak sesuatu. Untuk menjaga hati DAP mereka sanggup menjadi
> pengkhianat bangsa mereka sendiri.
> Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup
> perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung
> dengan DAP. Bekas ahli PKR, Zaid Ibrahim pernah mempetikaikan titah sultan
> Selangor agar masjid-masjid di negeri Selangor tidak di salahgunakan untuk
> tujuan politik dan sehingga sekarang masih berdegil tidak mahu memohon
> maaf kepada baginda sultan.
> Yang paling ketara adalah Pas apabila sanggup
> membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihanraya yang lepas
> semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan
> berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin
> menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu,
> sanggup
> terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan
> undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.
> Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat
> di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam
> sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja
> mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan
> Allah di dalam bulletin mereka. Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam
> mengambil
> kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Dan sekarang terdengar
> desas-desus
> pula mengatakan ada komplot untuk menjadikan ugama Kristian sebagai ugama
> Persekutuan bagi menggantikan ugama Islam!
> Pihak Gereja Katolik Malaysia berjaya di dalam
> tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan
> kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan
> mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim juga membenarkan gereja
> tersebut
> untuk membuat semakan untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam
> penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada
> agama Islam.
> Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu,
> “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha
> Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak
> mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi
> “Allah”. Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali
> Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu
> menggunakan
> nama yang sama dengan Agama Islam.
> Walaupun mereka mengatakan pihak Kristian
> di arab menggunakan nama Allah, tetapi itu di Arab dan bukannya di Malaysia.
> Tidak kah janggal namanya. Tidak kah pihak gereja katolik tahu yang Agama
> Islam adalah agama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam
> perlembagaan.
> Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa
> sekarang mereka membuat tuntutan itu? Mengapa umat Islam Malaysia berdiam
> diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama
> Allah yang maha esa. Malah sebelum PRN Sarawak baru-baru ini ribuan naskah
> Kitab Injil berbahasa Melayu telah berjaya dibawa masuk ke Sarawak!
> Dilihat ada pula segelintir umat Islam yang
> dikatakan hendak menegakkan ‘Islam mereka’dinegara ini kerana gilakan
> kuasa sanggup bersekongkol dengan pihak gereja agar nama Allah boleh
> digunakan
> oleh Kristian! Ini tidak termasuk nama-nama lain seperti Anwar Ibrahim,
> Khalid Samad dan lain-lain. Mereka-mereka ini sanggup melacurkan ugama
> demi untuk mendapatkan satu undi. MasyaAllah!
> Tidak kira apapun jua tuntutan mereka sama
> ada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu
> tetap utuh ditanah air kita, sama-samalah kita bersatu menentang apa jua
> bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini. Oleh itu, adalah
> menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam
> untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan
> perpaduan
> bangsa Melayu pada setiap masa.
> Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara,
> dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan
> simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan
> oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai
> pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah,
> tidak juga kehilangan punca.
> Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak
> kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita
> menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran
> agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup
> bersendi
> adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".
> Wallahuallam.
> Selamat menyambut ulang tahun yang ke 65 kepada
> UMNO Malaysia.
> Dulu, Kini dan Selamanya.
> Suara Politik
>
> Taminsari
SATU LUAHAN DARI BRADERS GROUP