WANITA yang diNODAI syaitan...??
Salam ukhwah pengunjung dan rakan blogger sekalian. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarganya. Semoga kita hari ini, diberi keberkatan dan kerahmatan daripada Allah s.w.t.
Dalam dunia yang penuh pancaroba ini, sebilangan besar umat manusia hari ini kadang-kadang lupa darimana mereka dijadikan. Mereka juga lupa dimana mereka berada. Mereka juga lupa bahawa apa visi dan misi mereka berada di dunia. Jikalau dilihat dari segi bahasa dunia berasal daripada ‘dayana’ yang bermaksud binasa. Bila terjadinya perkataan ‘dunia’ maka ia membawa maksud ‘tempat kebinasaan’. Haa.. jelas disini bahawa tempat yang manusia duduki ini adalah sebuah tempat kebinasaan.
Sebenarnya hari TK bukan hendak membawa entri tentang kebinasaan dunia tetapi itu adalah simbolik tajuk TK hari ini yang bertajuk Wanita telah dinodai Syaitan. Pelbagai peringkat kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia. Terutama golongan wanita yang merupakan ‘senjata syaitan’ untuk membantu misinya.
I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.
Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, tak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu,
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.
Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.
II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."
Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."
Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.
Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut,
"Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."
Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain.
"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."
Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang terseksa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
”Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, kalian sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.
Penutup
Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka seakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
Wallahu a'lam bisshawab.
Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
FOLLOWERS
Thursday, January 20, 2011
Mencari Keredhaan Allah
Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredhainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)
Mukadimah Hadis
Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah kerana keredhaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Huraian Hadis
1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredhaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.
2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.
3. Allah memberi sebab menentukan keredhaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredhaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.
4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.
5. Keredhaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang mengangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu, termasuk manusia, adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.
6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.
Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
"Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman"
7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.
Pengajaran
1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredhaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.
2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradhaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredhaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.
Kesimpulan
Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredhaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
- Sumber : Majlis Agama Islam Johor (MAIJ)
Rahsia Susu Kambing
HiGoat – Rahsia susu kambing yang kini disingkap mutu khasiat dan kebaikannya. Susu kambing terlaris buat anda sekeluarga yang diyakini manafaatnya. Harga berpatutan, penuh nilai khasiat dan bermutu tinggi, suci lagi halal.
Muqaddimah
Kini terdapat cara mudah untuk meminum susu kambing. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk simpansusu kambing bagi mengekalkan kesegaran, bau yang tidak menyenangkan. Penemuan terbaru susu kambing dalam bentuk tepung yang dinamakan Hi Goat keluaran Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang dijamin Suci dan Halal. Susu Tepung Hi Goat adalah unik dan terbaik kerana:
- Pertama di pasaran
- Rasa yang enak
- Penyediaan mudah dan segera
- Sesuai untuk semua
- Bau yang menyenangkan
- Tanpa gula
- Tiada bahan pengawet dan pewarna Organik
Kelebihan & Khasiat
Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
1) Merawat Kencing Manis | 9) Kebas Kaki dan Tangan |
2) Sakit Jantung dan Darah Tinggi | 10) Migrain |
3) Gastrik | 11) Semput |
4) Asma (Lelah) | 12) Masalah Keletihan |
5) Acute Anemia | 13) Masalah Kulit |
6) Tulang Belakang Reput | 14) Masalah Ketika Mengandung |
7) Angin Ahmar | 15) Masalah Ketika Kelahiran |
8 ) Insomnia | 16) Susah Buang Air Besar & Buasir |
Sejarah di sebalik Susu Kambing
Nabi Adam
Bermulanya ‘Human Civilization’ (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan haiwan ternakan pertama di dunia.
Nabi Ibrahim
Merupakan penternak kambing yang agong. Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing2nya. Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.
Nabi Isa
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.
Nabi Muhammad SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah susu kambing segar, yakni diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik uqbah Mu’aith
(Dipetik dr Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com)
Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW: Telah disediakan 3 jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing. Baginda memilih susu kambing (”minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”)
Dinasti China
Tahukah anda Dinasti China semenjak 2,500 tahun dahulu Puteri-Puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing? Manakala masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan Meningkatkan Daya Ingatan, Ketahanan Badan dan Amalan Perubatan.
Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa.
Cleopatra & Mahatma Gandhi
Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.
Sumbangan bantuan
TOLONGLAH BANTU ADIK INI...
Assalamualaikum...
Aku sekadar ingin berkongsi penderitaan yang dialami oleh insan malang ni. Diharapkan agar ada di antara pembaca/bloggers yang bersimpati dan sudi membantu menghulurkan sumbangan. Hari ni hari dia, hari kita belum pasti apa yang bakal terjadi. Semoga adik ini sabar dan tabah dalam menghadapi segala dugaan dari Allah ini..
Aku tempekkan apa yang telah di-tag oleh kawan aku kat fb.. Sebar-sebarkanlah sambil menderma..
Diambil dari forum.
"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.
Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.
"Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.
Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan...Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.
Di sini saya sertakan nombor telefon kakak Hairuman iaitu:
018-3807867 - Maryuni Bt Miskon.
No akaun: 162030632448 Maybank
Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
45500 Tanjong Karang, Selangor.
Aku kata: Hulurkan tangan, ringankan beban. Jangan jadikan kenaikan harga barang sebagai alasan untuk melarikan diri dari menderma. Dermalah dengan seikhlas-ikhlasnya. Insyaallah, Allah akan membalas setiap sen yang kita sumbangkan itu...
Subscribe to:
Posts (Atom)