FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Wednesday, May 25, 2011

BN BARANG X NAIK

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG .



TERIMA KASIH PAK MENTERI....................PAS DAN PKR DAH TAKDE MODAL NAK HENTAM BN...........

KENAPA HATI TAK BAHAGIA

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG .


Kenapa Hati Tak Bahagia

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA 


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 

1. Pemarah 


  P
aling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang. 

. Pendendam 


  T
ersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung

3. Hasad dengki 


 
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 

4. Bakhil 


  
  Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia 

5. Tamak 


  O
rang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 

6. Tidak sabar 

 A
ndainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 


7. Ego     


  Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. 



8. Riak 


 
  Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.. 


9. Cinta dunia 



 T
idak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. 


K
esimpulan 

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. 
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. 
Wallahualam" 

-- 
Joe 
530518

disampaikan oleh breder Joe melalui braders group.

KLpos.com | Berdosa Menyokong PAS?

KLpos.com | Berdosa Menyokong PAS?

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG .

Berdosa Menyokong PAS?

24 May 2011 10:28PM
Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.

1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.

3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.


pautan:klpos