FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Wednesday, May 25, 2011

KLpos.com | Berdosa Menyokong PAS?

KLpos.com | Berdosa Menyokong PAS?

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG .

Berdosa Menyokong PAS?

24 May 2011 10:28PM
Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.

1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.

3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.


pautan:klpos

No comments: