FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY
Showing posts with label Quran. Show all posts
Showing posts with label Quran. Show all posts

Friday, March 18, 2011

TSUNAMI DALAM AL QURAN

Nama sebenar tsunami adalah al-zalzala..ALLAH telah menceritakan dalam al-quran:- (Al-Zalzala)

Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!