Jika anda inginkan keberkatan pada gaji bulanan dan keluarga atau
keberkatan pada harta keseluruhannya maka disini ada ada menceritakan
beberapa bentuk kisah benar tentang keberkatan ini:
1. `Abdullah, seorang pegawai dengan gaji bulanan 4000 Riyal
menghadapi pelbagai masalah kewangan dan hutang.
Beliau bercerita: Saya menyangka bahawa saya akan hidup dalam keadaan
ini sehingga mati dan keadaan saya tidak akan berubah buat
selama-lamanya. Apa yang paling saya takuti ialah saya akan mati dalam
keadaan berhutang yang bertambah pada setiap detik. Keperluan hidup
benar-benar menyesakkan saya. Pada suatu hari saya pergi berehat di
tempat-tempat orang muda yang mempunyai masalah seperti saya. Tujuan
saya pergi ke sana ialah untuk meringankan bebanan diri saya dengan
mendengar masalah orang lain. Pada hari tersebut terdapat salah
seorang kawan yang saya hormati pandangannya lalu saya mengadukan
perihal saya kepadanya. Beliau lalu menasihatkan agar saya
mengkhususkan suatu bahagian daripada gaji bulanan saya untuk sadaqah.
Saya menjawab: "Saya makan pun tak cukup macam mana nak sedeqah ?"
Apabila saya balik ke rumah saya bercerita kepada isteri saya tentang
apa yang berlaku. Isteri saya berkata: "Apa kata kita cuba dan mungkin
Allah akan membuka jalan bagi kita." Saya lalu menjawab: "Oleh yang
demikian saya akan mengkhususkan 300 Riyal daripada gaji bulanan untuk
sadaqah." Demi Allah selepas itu hidup saya mula berubah. Perasaan
lapang mula menyelubungi saya dan saya menjadi sangat optimistik.
Selepas dua bulan, hidup saya mula menjadi teratur semula. Saya
mengecap barakah dalam gaji saya yang saya tidak pernah temui sebelum
ini. Saya mendapat kekuatan pengurusan sehingga saya boleh
menjangkakan bila hutang saya akan selesai. Selepas beberapa lama
salah seorang saudara saya memulakan perniagaan hartanah dan setiap
kali saya mendapatkan seorang ahli syer yang baru maka saya mendapat
komisen. Segala puji bagi Allah, saya merasakan bahawa hutang-hutang
saya akan habis dalam tempoh yang dekat. Setiap komisen yang saya
dapat juga saya tidak lupa memperuntukkan satu bahagian untuk sadaqah.
Demi Allah, sesungguhnya sadaqah itu tidak akan mengetahui
kelebihannya melainkan orang yang telah mengecapinya. Bersadaqahlah
dan bersabar nescaya anda akan lihat kebaikan dan keberkatan dengan
izin Allah.
2. Seterusnya ialah kisah salah seorang Shaikh yang thiqah
(dipercayai) yang
mengisahkan kisah anak beliau yang sakit.
Shaikh ini mempunyai anak berumur 5 tahun. Pada suatu hari dia jatuh
sakit. Dia pun membawa anaknya kepada doktor dan doktor memberitahunya
bahawa dia sakit teruk dan tidak boleh disembuhkan. Dia akan mati
tidak berapa lama lagi.
Shaikh yang bertaqwa lagi saaleh ini pun mula berasa sedih yang
bersangatan. Dalam kesedihan beliau tiba-tiba terlintas di fikiran
beliau sebuah hadith Rasul SallAllahu `alayhi wa sallam: "Rawatilah
penyakit kamu dengan bersadaqah." Pada malam tersebut seperti
kebiasaan beliau selepas bangun untuk bertahajjud dan berdoa maka
beliau memutuskan untuk keluar ke jalan raya untuk mencari orang yang
boleh disadaqahkan namun tidak ketemu. Cuaca di luar sangat dingin
ketika itu dan manusia sedang tidur dalam rumah mereka. Namun beliau
bertemu dengan seekor kucing putih lagi comel yang sedang menyusukan
anak-anaknya dalam keadaan kelaparan yang bersangatan. Beliau pun
segera kembali ke rumahnya dan memberikan kepada kucing tersebut
seketul daging dengan niat sadaqah kerana Allah. Kemudian beliau pergi
ke masjid untuk solat Fajar dan kemudian kembali ke rumah untuk tidur
sebentar. Semasa tidur beliau melihat suatu mimpi yang aneh di mana
seekor gagak hitam yang besar menyerang anaknya dan cuba menyambarnya
dalam keadaan anaknya menangis sambil meminta tolong. Dengan tidak
semena-mena datang seekor kucing putih yang menyerang dan
mencarik-carikkan gagak tersebut dan budak itu pun terselamat. Shaikh
pun bangun selepas itu tanpa mengambil peduli tentang mimpi beliau
yang aneh. Seperti kebiasaannya beliau akan membawa anaknya kepada
doktor untuk beberapa pemeriksaan dan ujian. Doktor merasa terkejut
selepas ujian tersebut dan mengesahkan bahawa anaknya tidak lagi
mengalami apa-apa penyakit. Shaikh pun teringat kembali mimpi beliau
serta sadaqah yang beliau lakukan secara tersembunyi dalam kegelapan
malam lalu bershukur kepada Allah atas perkara tersebut. Anak beliau
pun membesar lalu menjadi seorang pemuda yang bertaqwa, menghafal
keseluruhan Al Qur'an dan memiliki suara yang indah lagi lunak.
Demikianlah saudara-saudari yang dikasihi fillah sekalian. Telah saya
ketahui daripada shaikh ini untuk bersadaqah secara kerap walaupun
dalam nilai yang sedikit lalu saya temui kelegaan selalu dengan izin
Allah. Saya berharap agar anda telah mendapat faedah daripada kisah
ini dan akan selalu mengingati para fakir miskin selalu.
(Diambil daripada kisah-kisah dan pengajaran-pengajaran oleh Al Qattan)
3. Ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As
Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi. Maka hayatilah apa yang diriwayatkan
oleh Al Imam daripada `Ikrimah rahimahullah:
Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: "Sesiapa
yang bersadaqah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua
tangannya!" Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu
berkata: "Bersadaqahlah kepadaku." Wanita itu menjawab: " Bagaimana
aku akan bersadaqah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang
bersadaqah." Dia lalu berkata: "Aku memohon kepada engkau demi Wajah
Allah agar bersadaqah kepadaku." Wanita itu pun bersadaqah dengan dua
keeping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut. Raja
pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua tangannya.
Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibunya agar
menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya
pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada taranya
namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya
telah terpotong. Raja pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan
apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita
itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun berkahwin. Raja
pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita tersebut. Apabila tiba
keadaan perang dan raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang
yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang
lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan
agar wanita tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya
di padang pasir. Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka
bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas. Wanita
itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata
kepadanya: "Apa menyebabkan kamu menangis?" Dia berkata: "Anak saya
telah jatuh ke dalam air lalu lemas." "Adakah kamu suka jika kami
mengeluarkannya bagi kamu?" ujar kedua lelaki tersebut. "Ya. Demi
Allah," jawab wanita tersebut. Maka mereka berdua berdoa kepada Allah
dan anaknya pun keluar daripada air tersebut lalu mereka berkata:
"Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?" "Ya," jawab wanita
itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali
seperti sediakala lalu berkata, "Adakah kamu tahu siapa kami?"
"Tidak," jawab wanita tersebut. Mereka berkata: "Kami adalah dua roti
yang kamu bersadaqah dengannya."
Daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah `alayhi
wasallam bersabda:
Tujuh golongan yang bakal dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya,
pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu:
1. Pemimpin yang adil,
2. pemuda yang tumbuh dengan ibadah kepada Allah (selalu beribadah),
3. seseorang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu melakukan
salat jamaah di dalamnya),
4. dua orang yang saling mengasihi di jalan Allah, keduanya berkumpul
dan berpisah karena Allah,
5. seorang yang diajak perempuan berkedudukan dan cantik (untuk
berzina), tapi ia mengatakan: Aku takut kepada Allah,
6. seseorang yang memberikan sedekah kemudian merahsiakannya sampai
tangan kanannya tidak tahu apa yang dikeluarkan tangan kirinya
7. seseorang yang berzikir (mengingat) Allah dalam kesendirian, lalu
meneteskan air mata dari kedua matanya
(Dikeluarkan oleh Al Bukhari dalam Az Zakaah 1423 dan Muslim dalam Az
Zakaah 1031)
Dan daripada Hakiim bin Hazaam radhiyAllah `anhu daripada Nabi
SallAllah `alayhi wasallam: "Tangan yang di atas (orang memberi) itu
lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima). Dan mulailah
dengan orang yang kau tanggungi."
"Sebaik-baik sedekah ialah yang diberikan daripada lebihan keperluan"
Dan sesiapa yang menahan diri daripada perkara haram dan meminta-minta
nescaya Allah akan mengurniakan harta kepadanya.
Dan sesiapa yang tidak menerima pemberian orang (walaupun dia
memerlukannya) nescaya Allah akan mengkayakannya. (Riwayat Bukhari dan
lafaz adalah baginya)
Daripada `Aeeshah radhiyAllah `anha dia berkata bahawa Rasulullah
bersabda: "Apabila seseorang wanita membelanjakan daripada makanan
rumahnya tanpa berlebih-lebihan maka baginya adalah pahala dan begitu
juga bagi suaminya dan penyimpan makanan. Tidak berkurang pahala salah
seorang di antara mereka. (Muttafaq `alayh)
Dan daripada Abi Sa'iid Al Khudriyy radhiyAllah `anhu dia berkata:
Rasulullah ke musolla pada hari `Iid Al Adha atau `Iid Al Fitr lalu
kemudian Baginda memberi peringatan kepada orang ramai dan
memerintahkan mereka untuk bersadaqah lalu berkata: "Wahai manusia,
bersadaqahlah." Lalu dia lalu di kawasan wanita lalu berkata: Wahai
kaum wanita bersedekahlah kalian, sesungguhnya telah diperlihatkan
kepadaku bahwa kalian adalah majoriti penduduk neraka. maka mereka
(kaum wanita) berkata: Disebabkan apa wahai rasulullah? Beliau
berkata: Kalian banyak melaknat, mengingkari kebaikan keluarga
(suami), aku tidaklah melihat kaum yang kurang akal dan agamanya, yang
dapat menghilangkan akal seorang laki-laki yang kokoh hatinya, selain
salah seorang dari kalian.
Baginda pun kemudian meninggalkan tempat itu dan Zainab, isteri kepada
Ibn Mas'uud datang kepada Baginda meminta izin daripadanya lalu
seseorang berkata: "Wahai RAsulullah, Ini Zainab." Rasulullah berkata,
"Zainab yang mana satu?" Maka diberitahu kepada Baginda: "Isteri Ibn
Mas'uud." Baginda lalu berkata: "Izinkan dia." Zainab lalu berkata:
"Wahai RAsulullah, engkau mengarahkan hari ini untuk bersadaqah dan
saya memiliki sedikit barang kemas. Saya ingin menyedekahkannya namun
Ibn Mas'uud berkata bahawa dia dan anaknya lebih berhak menerima
sedekah tersebut." Nabi SallAllah `alayhi wasallam berkata: "Telah
berkata benar Ibn Mas'uud. Suami dan anakmu adalah lebih berhak untuk
kau sedekahkan buat mereka." (Riwayat Bukhari dan lafaz hadith adalah
baginya)
Daripada Thaubaan radhiyAllah `anhu dia berkata Rasulullah SallAllah
`alayhi wasallam bersabda:
"Sebaik-baik dinar yang diinfaqkan oleh seseorang ialah dinar yang
dibelanjakan pada keluarganya dan dinar yang dibelanjakan buat
tunggangannya di jalan Allah dan dinar yang dibelanjakan buat
rakan-rakannya di jalan Allah." (Riwayat Muslim)
Dan daripada Abi Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi SallAllah
`alayhi wasallam bersabda:
"Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru
kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah
ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah." Yang
satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya."
(Muttafaq `alayh : Al Bukhari 1442, Muslim 1010)
Dan daripada Yazid bin Abi Habib bahawa Abu Al Khair memberitahu
kepadanya bahawa dia mendengar `Uqbah bin `Aamir berkata: Aku
mendengar Rasulullah SallAllah `alayhi wasallam bersabda:
Semua orang berada dalam naungan sadaqahnya sehinggalah manusia
dijatuhkan hukuman (pada hari Akhirat). Yazid berkata: Abu Al Khair
akan sentiasa bersedeqah setiap hari walaupun dengan sedikit tepung
uli mahupun bawang atau yang seumpamanya. (Riwayat Ahmad 4/147, Abu
Ya'la 1766, At Tabraaniyy 17/280, disahihkan oleh Ibn Khuzaimah 2431
dan Ibn Hibban 3310 dan disahihkan oleh Al Albaani dalam Sahih At
Targhiib 872 )
Bukan setakat itu sahaja malah sebahagian Salaf menganggap bahawa
sadaqah boleh menghindarkan seseorang daripada penyakit-penyakit dan
kesusahan-kesusahan meskipun dia zalim.
Ibrahim An Nakha'ii berkata: Mereka (kaum Salaf) biasa menganggap
bahawa sadaqah boleh mencegah daripada lelaki yang zalim.
Wajah Abu `Abdillah Al Hakim pemilik kitab Al Mustadrak pernah
mengalami sejenis luka selama hampir setahun lalu dia meminta agar
orang-orang baik mendoakannya. Mereka banyak mendoakannya dan dia pun
bersadaqah kepada kaum Muslimin dengan meletakkan tempat minum air
pada pintu rumahnya dan menuangkan air ke dalamnya untuk diminum oleh
manusia. Tidak berlalu seminggu pun dan luka tersebut sembuh dan wajah
beliau kembali seperti sedia kala.
`Abdullah bin Al Mubarak, seorang tokoh yang berilmu, zuhud lagi
bertaqwa telah ditanya seorang lelaki tentang luka pada lututnya yang
telah ada selama 7 tahun. Lelaki tersebut telah mendapatkan pelbagai
rawatan dan berjumpa pelbagai doktor namun tidak pulih juga. `Abdullah
bin Al Mubaarak lalu berkata: Pergi dan lihat tempat di mana manusia
memerlukan air dan galilah di situ mudah-mudahan ada mata air di situ
yang akan memberhentikan lukamu. Lelaki itupun melakukannya dan dia
pun sembuh.
Kelebihan bersadaqah adalah besar dan kisah-kisah serta
hikayat-hikayat adalah banyak namun cukuplah sekadar yang berfaedah
bagi kita. Kalaulah bagi sadaqah salah satu kelebihan ini maka adalah
wajar sangat kita melakukannya apatah lagi kalau semua ini datang
kepadamu hasil daripada bersadaqah walaupun dengan satu Riyal sahaja.
Janganlah memandang enteng kepada sebarang perkara ma'ruf. Semailah
pahala dan tolaklah daripada dirimu bala. Bersadaqahlah dan galakkan
selainmu untuk bersadaqah kerana kelebihannya yang sangat hebat yang
telah saya kumpulkan buatmu. Janganlah engkau ketinggalan nescaya
engkau akan merugi pada hari yang mana harta dan anak-pinak tak
berguna lagi.
Beberapa nota:
1. Apabila anda berjaya meyakinkan seseorang untuk mengkhususkan
sebahagian daripada gajinya untuk bersadaqah maka anda akan mendapat
seperti pahalanya tanpa mengurangkan pahalanya sedikit pun. Engkau
mungkin mati dan di sana ada orang yang bersadaqah disebabkan engkau.
2. Apabila engkau mengutuskan risalah ini lalu seseorang menetapkan
untuk selalu bersadaqah maka bagi anda sebagaimana pahalanya tanpa
mengurangkan pahalanya sedikit pun.
Rasulullah Nabi SallAllah `alayhi wasallam bersabda:
Dari Abu Hurairah radhiyAllah `anhu bahawa Nabi Muhammad SallAllah
`alayhi wasallam bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah
amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi
manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Dikumpulkan dan disusun oleh saudaramu,
Abul Baraa', `Aamir bin Muhammad
(dari Multaqa Ahl Al Hadiith)
Diterjemah pada 8 Zulhijjah 1428 H
FM:BRADERSGROUP@YAHOO.COM