FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Sunday, May 22, 2011

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG .

> Blog
> In Malaysia
>
> http://bloginmalaysia.com
> The most influential blogs in Malaysia.
>
> Kembalikan
> Kekuatan Orang Melayu 65 Tahun Yang Lalu!
>
> Orang
> Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilemma yang amat
> menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan
> Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan
> Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis
> dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan
> hilang di dunia?
>
> Kalau tidak pun, jenis Melayu yang bagaimana
> yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu
> sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah
> perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan
> mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan
> Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?
> Pada 11 Mei, 65 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan
> Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme
> atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di negara ini. Pada
> ketika itu ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal
> menyaksikan
> orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah
> mengumpulkan
> kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib
> Melayu.
> Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan
> penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada
> semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden.
> Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan
> pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa
> yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang
> Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan
> raja-raja.
> Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah
> yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan
> Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan
> negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan
> kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta
> budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.
> Yang menyedihkan apabila selepas 65 tahun
> ia ditubuhkan dan setelah 58 tahun negara merdeka, segala susah payah dan
> pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang
> sepi terutamanya oleh golongan muda Melayu. Perjuangan UMNO yang menjadi
> tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan
> Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa
> mengira kaum kian dilupakan.
> Ianya dapat dilihat dengan jelas didalam keputusan
> PRU ke – 12 yang lepas di mana memperlihatkan senario berbeza terhadap
> sokongan kepada UMNO dan BN. Adakah selepas lebih enam dekad berbakti,
> UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang
> Melayu?
> Namun sejak akhir-akhir ini apabila terdapat
> bibit-bibit perpecahan di antara orang Melayu, sudah ada yang berani
> mengambil
> kesempatan. Ini dapat dilihat apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil
> tindakan mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong
> dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu
> itu.
> Ia
> seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa
> raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Orang Melayu dan
> UMNO sepatutnya bangkit membantah dan mendesak supaya Karpal Singh menarik
> balik kata-katanya dan memohon maaf kapada Sultan dan Raja-raja Melayu.
> Yang menjadi persoalan sekarang mengapa para
> pemimpin Pas dan PKR diam membisu. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas
> berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka
> yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu. Setelah
> sekian lama didesak barulah Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang
> Karpal Singh adalah menderhaka kepada Raja-raja Melayu. Presiden Pas sendiri
> sehingga sekarang masih membisu. Mungkin sedang mencari fatwa yang sesuai
> untuk digunakan? Malah lebih memeranjatkan lagi apabila penasihat PKR,
> Anwar Ibrahim dengan egonya mempertahankan tindakan Karpal Singh. Sekarang
> mungkin rakyat sudah nampak “ warna sebenar “ Anwar Ibrahim.
> Mungkin kita masih tersentak dengan sikap
> bekas Menteri Besar Perak yang telah kehilangan kuasa dengan biadapnya
> memohon ‘ derhaka ‘ kepada sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan
> krisis yang berlaku di Perak. Tidak pernah terjadi didalam sejarah melayu
> apabila rakyatnya memohon derhaka semata-mata kerana gila dan tamakkan
> kuasa! Siapa sebenar dalang dibelakang Mohd Nizar sehingga hilang maruahnya
> sebagai seorang melayu yang beragama Islam.
> Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan
> Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan
> kemampuan
> sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Malah ada
> ketikanya
> Nik Aziz sendiri tidak mengaku beliau memperjuangkan melayu! Melayu pada
> Nik Aziz adalah hanya apabila terdesak untuk mendapatkan undi sahaja.
> Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat
> (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka yang mana kalau
> dilihat daripada peratus pemimpin Melayu mereka tak sampai separuh? Berapa
> ramai anggota IFC (Interfaith Commission) terdiri daripada pemimpin PKR?
> IFC ditubuhkan dengan matlamat meminda beberapa
> ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak
> kepada kepentingan orang bukan Islam. Adakah orang-orang Melayu Islam di
> dalam PKR tahu dan sedar akan perkara ini wujud di dalam PKR. Apabila
> berjaya
> memerintah Selangor dan bersekongkol dengan DAP, sudah mengeluarkan
> kenyataan
> untuk menghapuskan DEB. Bolehkan PKR mengambil alih peranan UMNO untuk
> membela nasib orang Melayu?
> Adakah disebabkan DAP adalah ahli keluarga
> Pakatan Rakyat, mereka mengambil sikap tunggu dan lihat sehingga sanggup
> melihat Raja-Raja Melayu diperlekehkan dengan hanya berpeluk tubuh dan
> hanya menunggu saat yang memberi keuntungan politik kepada mereka barulah
> mereka bertindak sesuatu. Untuk menjaga hati DAP mereka sanggup menjadi
> pengkhianat bangsa mereka sendiri.
> Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup
> perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung
> dengan DAP. Bekas ahli PKR, Zaid Ibrahim pernah mempetikaikan titah sultan
> Selangor agar masjid-masjid di negeri Selangor tidak di salahgunakan untuk
> tujuan politik dan sehingga sekarang masih berdegil tidak mahu memohon
> maaf kepada baginda sultan.
> Yang paling ketara adalah Pas apabila sanggup
> membuang slogan untuk menegakkan negara Islam semasa pilihanraya yang lepas
> semata-mata hendak bermadu kasih dengan DAP walaupun pemimpin DAP dengan
> berani dan terus terang menyanggah cita-cita Pas itu. DAP semata-mata ingin
> menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu,
> sanggup
> terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan
> undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.
> Dan apabila melihat Islam ditindas oleh barat
> di seluruh dunia termasuklah di Malaysia dan melihat orang Melayu Islam
> sedang berpecah dan kerajaan semakin lemah, ada pula dari pihak Gereja
> mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan untuk menggunakan perkataan
> Allah di dalam bulletin mereka. Jelas dapat dilihat musuh-musuh Islam
> mengambil
> kesempatan apabila Islam berjaya dilemahkan. Dan sekarang terdengar
> desas-desus
> pula mengatakan ada komplot untuk menjadikan ugama Kristian sebagai ugama
> Persekutuan bagi menggantikan ugama Islam!
> Pihak Gereja Katolik Malaysia berjaya di dalam
> tuntutan mereka apabila mahkamah membenarkan mereka untuk membuat semakan
> kehakiman terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan
> mingguan Herald - The Catholic Weekly. Hakim juga membenarkan gereja
> tersebut
> untuk membuat semakan untuk perisytiharan penggunaan kalimah Allah dalam
> penerbitan mereka dan tuntutan bahawa kalimah Allah tidak eksklusif kapada
> agama Islam.
> Dalam budaya amalan dan adat resam Melayu,
> “Allah” itu ialah nama eksklusif bagi Tuhan Yang Maha Esa dan Satu; Maha
> Pemurah, Bijaksana dan Pengampun. Orang Melayu dalam amalan mereka tidak
> mengunakan gantinama “Tuhan” pun untuk memberikan maksud yang sama, tetapi
> “Allah”. Bayangkan sejak kita lahir kita diajar menyebut dan mengenali
> Allah Taala dengan lebih dekat, tiba-tiba ada pula agama lain mahu
> menggunakan
> nama yang sama dengan Agama Islam.
> Walaupun mereka mengatakan pihak Kristian
> di arab menggunakan nama Allah, tetapi itu di Arab dan bukannya di Malaysia.
> Tidak kah janggal namanya. Tidak kah pihak gereja katolik tahu yang Agama
> Islam adalah agama rasmi Malaysia sepertimana yang termaktub dalam
> perlembagaan.
> Tidak ke tuntutan mereka mengguris perasaan umat Islam di Malaysia. Mengapa
> sekarang mereka membuat tuntutan itu? Mengapa umat Islam Malaysia berdiam
> diri apabila Islam dihina sedemikian rupa dengan mempermain-mainkan nama
> Allah yang maha esa. Malah sebelum PRN Sarawak baru-baru ini ribuan naskah
> Kitab Injil berbahasa Melayu telah berjaya dibawa masuk ke Sarawak!
> Dilihat ada pula segelintir umat Islam yang
> dikatakan hendak menegakkan ‘Islam mereka’dinegara ini kerana gilakan
> kuasa sanggup bersekongkol dengan pihak gereja agar nama Allah boleh
> digunakan
> oleh Kristian! Ini tidak termasuk nama-nama lain seperti Anwar Ibrahim,
> Khalid Samad dan lain-lain. Mereka-mereka ini sanggup melacurkan ugama
> demi untuk mendapatkan satu undi. MasyaAllah!
> Tidak kira apapun jua tuntutan mereka sama
> ada IFC ataupun pihak gereja katolik demi memastikan kedaulatan Islam itu
> tetap utuh ditanah air kita, sama-samalah kita bersatu menentang apa jua
> bentuk penindasan terhadap Agama Islam yang maha mulia ini. Oleh itu, adalah
> menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu yang beragama Islam
> untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan
> perpaduan
> bangsa Melayu pada setiap masa.
> Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara,
> dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan
> simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan
> oleh sesiapa sahaja. Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai
> pembaharuan, perlulah kita mempastikan bahawa kita tidak kehilangan arah,
> tidak juga kehilangan punca.
> Untuk tidak kehilangan arah, dan supaya tidak
> kehilangan punca, maka dengan itu perlulah kita sedar dan perlulah kita
> menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran
> agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa hidup
> bersendi
> adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah".
> Wallahuallam.
> Selamat menyambut ulang tahun yang ke 65 kepada
> UMNO Malaysia.
> Dulu, Kini dan Selamanya.
> Suara Politik
>
> Taminsari


SATU LUAHAN DARI BRADERS GROUP

No comments: