Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
FOLLOWERS
Friday, March 18, 2011
TSUNAMI DALAM AL QURAN
Nama sebenar tsunami adalah al-zalzala..ALLAH telah menceritakan dalam al-quran:- (Al-Zalzala)
Thursday, March 17, 2011
Wednesday, March 16, 2011
MENGAPA RAMAI PESARA TENTERA MENYOKONG PEMBANGKANG
INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI SAYA SAHAJA, TIDAK KENA MENGENA DENGAN ORANG LAIN.
KEBANYAKAN BEKAS TENTERA MENYERTAI PEMBANGKANG KERANA KEBAJIKAN MEREKA RATA RATANYA TIDAK TERBELA. MENTERI HANYA AKAN BERJUMPA DENGAN BEKAS TENTERA BILA ADA NAK MENGUNDI, MASATULAH SIBUK NAK BAGI PINGAT, DAN BERMACAM LAGI.
BEKAS TENTERA AKAN TERPAKSA MENCARI PEKERJAAN BARU SELEPAS BERSARA. SELAMA BERADA DALAM TENTERA TENAGA DIPERAH, SELEPAS TAMAT PERKHIDMATAN
MEREKA TERBIAR, KALAU NAK BERNIAGA, KENA BERMULA DARI BAWAH.
BAYANGKAN PENGALAMAN SELAMA SEKURANG KURANGNYA 21 TAHUN DALAM TENTERA SIA SIA SAHAJA. SEBAB ITU MENGAPA ORANG CINA TAK MAU MASUK TENTERA, KALAU JANGKA MASA 21 TAHUN ITU MEREKA BERNIAGA, PERNIAGAAN MEREKA TELAH MAJU,
BUKAN SEMUA MEREKA BOLEH BERNIAGA, WALAUPUN DIADAKAN KURSUS KURSUS USAHAWAN DAN BERBAGAI LAGI.KALAU BEKERJA DENGAN CINA, MEMANG TAK LAMA, TAK TAHAN DENGAN KERENAH DAN PERKAUMAN TOKEY CINA, UNTUK JAWATAN SAMA PEKERJA CINA DIBAYAR 2KALI GANDA DARI PEKERJA MELAYU.
ALASAN MEREKA BEKAS TENTERA DAH ADA PENCEN.SO GAJI PUN KECIKLA. KALAU YANG LAIN PANGKAT MUNGKIN BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN YANG GAJINYA TAK SEBERAPA.
MUNGKIN KOPERASI TENTERA ATAU LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA PATUT MEMIKIRKAN TENTANG MENYEDIAKAN PEKERJAAN UNTUK PESARA TENTERA, SEBAGAI CONTOH MEMBINA KILANG BATU BATA YANG DIMONOPOLI OLEH USAHAWAN CINA. LTAT MUNGKIN BOLEH MEMBINA KONSORTIUM BAS EKSPRESS UNTU BEKAS PEMANDU DAN BERBAGAI KEPAKARAN LAGI.
BERMACAM KILANG, YANG DIMONOPOLI OLEH USAHAWAN CINA, DARI BAHAN MAKANAN, BAHAN BINAAN DAN PELBAGAI PERKHIDMATAN.
PELBAGAI PERSATUAN BEKAS TENTERA DITUBUHKAN, TAPI BERAPA KERAT YANG MENYERTAINYA.
INI LAGI PENDAPAT TERBUKA BEKAS TENTERA.
.Saya setujulah..
dulu mak bapak saya berniaga runcit dapatlah untung 10 sen ke 20 sen. Tapi la ni kalau buka perniagaan hari ni, 6 bulan dah dapat untung beribu2 malah ada yg berjuta2.Bukannya apa kita la ni dah terlalu senang dan mewah itulah sebabnya jadi lagu ni.
Dulu kita masuk askar nak pakai motosikal pun susah. tapi la ni Pbt pun dah ada kereta kalau disusun di padang kawad tak cukup tempat.
Masa kecil dulu pak menteri datang berkempen kat Kg cakap pasal api air dan jalan raya. La ni kalau sebut pasal api air dan jalan raya org tak heran. Mahupun perbangunan yg hebat macam mana pun org kg dah tak heran.
KEBANYAKAN BEKAS TENTERA MENYERTAI PEMBANGKANG KERANA KEBAJIKAN MEREKA RATA RATANYA TIDAK TERBELA. MENTERI HANYA AKAN BERJUMPA DENGAN BEKAS TENTERA BILA ADA NAK MENGUNDI, MASATULAH SIBUK NAK BAGI PINGAT, DAN BERMACAM LAGI.
BEKAS TENTERA AKAN TERPAKSA MENCARI PEKERJAAN BARU SELEPAS BERSARA. SELAMA BERADA DALAM TENTERA TENAGA DIPERAH, SELEPAS TAMAT PERKHIDMATAN
MEREKA TERBIAR, KALAU NAK BERNIAGA, KENA BERMULA DARI BAWAH.
BAYANGKAN PENGALAMAN SELAMA SEKURANG KURANGNYA 21 TAHUN DALAM TENTERA SIA SIA SAHAJA. SEBAB ITU MENGAPA ORANG CINA TAK MAU MASUK TENTERA, KALAU JANGKA MASA 21 TAHUN ITU MEREKA BERNIAGA, PERNIAGAAN MEREKA TELAH MAJU,
BUKAN SEMUA MEREKA BOLEH BERNIAGA, WALAUPUN DIADAKAN KURSUS KURSUS USAHAWAN DAN BERBAGAI LAGI.KALAU BEKERJA DENGAN CINA, MEMANG TAK LAMA, TAK TAHAN DENGAN KERENAH DAN PERKAUMAN TOKEY CINA, UNTUK JAWATAN SAMA PEKERJA CINA DIBAYAR 2KALI GANDA DARI PEKERJA MELAYU.
ALASAN MEREKA BEKAS TENTERA DAH ADA PENCEN.SO GAJI PUN KECIKLA. KALAU YANG LAIN PANGKAT MUNGKIN BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN YANG GAJINYA TAK SEBERAPA.
MUNGKIN KOPERASI TENTERA ATAU LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA PATUT MEMIKIRKAN TENTANG MENYEDIAKAN PEKERJAAN UNTUK PESARA TENTERA, SEBAGAI CONTOH MEMBINA KILANG BATU BATA YANG DIMONOPOLI OLEH USAHAWAN CINA. LTAT MUNGKIN BOLEH MEMBINA KONSORTIUM BAS EKSPRESS UNTU BEKAS PEMANDU DAN BERBAGAI KEPAKARAN LAGI.
BERMACAM KILANG, YANG DIMONOPOLI OLEH USAHAWAN CINA, DARI BAHAN MAKANAN, BAHAN BINAAN DAN PELBAGAI PERKHIDMATAN.
PELBAGAI PERSATUAN BEKAS TENTERA DITUBUHKAN, TAPI BERAPA KERAT YANG MENYERTAINYA.
INI LAGI PENDAPAT TERBUKA BEKAS TENTERA.
.Saya setujulah..
dulu mak bapak saya berniaga runcit dapatlah untung 10 sen ke 20 sen. Tapi la ni kalau buka perniagaan hari ni, 6 bulan dah dapat untung beribu2 malah ada yg berjuta2.Bukannya apa kita la ni dah terlalu senang dan mewah itulah sebabnya jadi lagu ni.
Dulu kita masuk askar nak pakai motosikal pun susah. tapi la ni Pbt pun dah ada kereta kalau disusun di padang kawad tak cukup tempat.
Masa kecil dulu pak menteri datang berkempen kat Kg cakap pasal api air dan jalan raya. La ni kalau sebut pasal api air dan jalan raya org tak heran. Mahupun perbangunan yg hebat macam mana pun org kg dah tak heran.
Kalulah semua org macam tok nik aziz kehidupan sedarhana aje tapi taklah melarat. Bukan anti kemewahan tetapi sebab dah terlalu mewahlah ni negara kita jadi lagu ni.
BISANYA orang dah kaya ni jarang nak ingat kat org susah. Kalu berniaga tu dah untung nak lebih untung berlipat ganda. itu sebabnya gula naik 10 sen habis barang lain pun naik. Salah siapa yek. saya rasa salah kita juga kan. kalau salah orang lain bila nak jumpa siapa yg salah.
SAYA PERCAYA selagi ada simpan PHD dalam hati dan tak ingat 1/40 atau 2.5% yg kita miliki hak 8 gulungan yg Allah telah nyatakan maka selagi itulah nasib umat Nabi Muhamad di dunia ini tidak terbela.
"Ya Allah jadikan lah hambaMu ni org kaya yg beriman dan jgn lah jadikan hambaMu ini org miskin yg kufur". Amin.
TAPI SAYA MASIH MENYOKONG BN, WALAUPUN APA TRJADI SAYA TETAP MENYOKONG BN.
TAPI SAYA MASIH MENYOKONG BN, WALAUPUN APA TRJADI SAYA TETAP MENYOKONG BN.
Tuesday, March 15, 2011
MAKLUMAT TERKINI DAN BENAR MENGENAI MALAYSIA
.Malaysia yang ku cintai
Saya bukan lah totok UMNO tidak juga taksub Anwar, bukan orang politik tetapi mengikuti perkembangan politik tanahair secara terperinci. Sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pandangan dengan semua yang sudi membaca. 26 tahun dalam tentera dari seorang perantis putera hingga pencen Lt Kdr, satu pencapaian yang tidak boleh dibanggakan tetapi bersyukur. Sering kita dengar orang buat perbandingan kemajuan dicapai Negara kita dengan Singapura, Jepun, Korea dan lain lain Negara maju di Asia. Ok lah saya tiada komen dalam hal perbandingan ini, untuk berlaku adil elok rasanya kita buat juga perbandingan dengan negara yang hampir sama dengan geograpi negara kita iaitu Negara Ghana di Afrika Barat.
Apa yang sama? Ghana mencapai kemerdekaan dari British pada tahun yang sama dengan Malaysia 1957, pada 6 March. Mereka mempunyai pemimpin yang di sanjungi hingga kini bapa kemerdekaan seperti YAM Tengku Abdul Rahman iaitu Kwame Nkrumah. Penduduk 20 Juta dan keluasan muka bumi hampir sama terletak di garisan Khatulistiwa dan iklim yang sama.
Selepas lebih 54 tahun merdeka kita mungkin menganggap kemajuan di Ghana mungkin sama atau sekurang-kurangnya sedikit kebelakang tapi hakikatnya Ghana ketinggalan terlalu jauh kebelakang mungkin 30 atau 40 tahun ketinggalan dari kita di Malaysia, mengapa jadi begini? Walhal koko yang kita tanam, diambil di Ghana, kelapa sawit juga dari Ghana pernah satu ketika dahulu menteri kita datang ke Ghana untuk belajar pertanian di sini, seingat saya dalam buku teks Ilmu Alam disekolah rendah dahulu ada silibus mengenai negara Ghana tetapi sekarang kita tidak perlu belajar dari mereka kerana kita telah lebih maju.
Biarlah saya mengukur kemajuan dari sudut lebih mudah difahami dari membuat perbandingan mengikiut piawan ekonomi dunia melalui KDNK, tidak dinafikan kemudahan asas seperti air bersih dan api letrik telah disediakan kepada penduduk, tetapi masih ramai lagi yang masih berkongsi paip air yang disediakan kerajaan ditepi tepi jalan kawasan perumahan di tengah Bandar, tetapi kemudahan letrik tidak ada masalah.
Bagi rumah kediaman, terlalu besar bagi segelintir orang yang kaya, tetapi terlalu ramai yang tinggal di pondok setinggan di pinggir Bandar dua perbezaan yang sangat ketara, kenderaan pelbagai jenama diimport dari eropah dan Asia terlalu banyak dijalanraya, tetapi lebih banyak lagi penduduk menaiki kenderaan awam yang terlalu daif dipanggil tro tro. Jalanraya, tidak diurus dengan baik lubang dibiarkan tidak bertampal, satu lebuhraya sepanjang 30 KM dari bandaraya Accra hingga kawasan industri Tema dibina pada tahun 60an, tidak diselenggara dengan baik dan itu lah satu satunya kalau nak dikatakan lebuhraya di Ghana ini.
Pintu masuk ke Accra, lapangan terbang antara bangsa Kotoko, jika hendak dibandingkan dengan KLIA seperti langit dan bumi, tidak juga setaraf dengan lapangan terbang Subang terlalu jauh hendak dibandingkan Subang dengan Kotoko. Tidak lengkap rasanya kalau tidak dibanding kelengkapan ketenteraan mereka, kapal perang seperti tongkang saja layaknya, untuk bandingkan APMM kita dengan Tentera Laut mereka saja sudah terlalu jauh tak perlu saya sebut TLDM untuk dibuat perbandingan. Peralatan Tentera Udara dan Darat mereka tidak hampir pun dengan kita tidak layak di buat perbandingan. Cuma satu yang ketara harga kereta disini terlalu murah dibandingkan dengan Malaysia. Saya buat perbandingan berdasarkan nilai duit setempat iaitu dari satu ringgit Malaysia dangan satu cedi Ghana agar kita mudah faham, bukan buat perbandingan berdasarkan nilai US Dolar yang selalu pak menteri kita memperbodohkan kita dari dulu bila harga barang dinaikkan. (saya harap semua faham saya maksudkan) contohnya, mereka kata, harga minyak lebih mahal di singapura bila di tukarkan duit singapura ke dalam ringgit Malaysia, memang lah harga tersebut jadi mahal kerana duit singapura 2.5 kali ganda dari ringgit kita bila dikira dalam nilai RM, tapi mengapa tidak pula kira berapa gaji pekerja mereka dapat, kanapa tidak pula tukarkan kedalam RM sudah tentu gaji mereka 2.5 kali ganda apa yang kita dapat. Wahai pak menteri dan professor K..g K…g, jangan bodohkan rakyat Malaysia yang dah cerdik ni ye.
Untuk berlaku adil elok juga perbandingan dilakukan tidak bias sebelah pihak saja, harga minyak lebih murah disini walaupun bukan negara pengeluar minyak, harga beras siam juga lebih murah dan makanan asasi seperti ayam, daging ikan jauh lebih murah dari negara Malaysia. Harga pakaian juga murah dan mudah diperolehi walaupun tiada gedung gedung besar seperti di Manjung (sengaja saya tidak bandingkan dengan Kuala Lumpur) Di Manjung tempat saya menetap selama 28 tahun, jika dibandingkan dengan kemudahan dari segala aspek dengan Accra, ibu negara Ghana juga terlalu jauh. Tetapi harga rumah dan tanah disini amat murah jika dibandingkan di Manjung mendirikan banglo hanya dalam 100K Cedi sahaja. Oh ya, harga Toyota Camry baru di sini lebih kurang 30 ribu Cedi sahaja (Ok lah untuk mudah faham lebih kurang RM60 Ribu) begitu juga harga kereta mewah yang lain dalam sekitar harga tersebut. Sengaja saya sebutkan harga kereta dan rumah kerana harga kereta dan rumah di Malaysia terlalu mahal, camry, Merz, BMW dan Honda hanya bagi yang berada sahaja. Proton pun dikira mahal itu lah sebabnya ramai yang berhutang nasib baik interest bank tidak tinggi seperti disini.
Dari perbandingan ini, saya berharap dapat membuka mata kepada kita semua, dari hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu dinegara sendiri. Hampir setahun menetap di sini, pengajaran yang paling berguna adalah stabiliti politik membezakan Malaysia dan Ghana itu lah sebabnya kita lebih maju 30 tahun kedepan dari mereka, Cuma negara kita akan lebih harmoni jika, pemimpin tidak mengaut kekayaan terlalu banyak untuk diri sendiri dan kroni, lebih baik kalau berkongsi kek besar tersebut kepada semua rakyatnya. Walau bagaimanapun saya bersyukur jadi rakyat Malaysia tiada siapa boleh pertikai kerakyatan saya walau pun pandangan saya ada kalanya tidak condong kepada kerajaan memerintah kerana kita demokrasi. Tetapi hakikatnya, saya enjoy dengan pencen dan pekerjaan yang kerajaan sediakan, dengan kontrak baru RM6 Billion kepada syarikat saya bekerja ni (dan juga ramai pesara TLDM cari makan) insyaallah boleh bertahan sehingga pencen ke dua saya nanti. Saya mungkin boleh tenang bila sampai masa pencen ke dua nanti kerana ada rumah yang selesa dan sedikit simpanan di hari tua dan yang paling penting rumah dekat dengan masjid (sekurang kurangnya setiap waktu saya tidak ketinggalan berjemaah), saya bersyukur, tetapi bagaimana dengan anak cucu kita adakah mereka mampu untuk membeli keperluan asas kelak?Cheers.
531033 App Sjn
Hj. Wan Haniff W.A
HJ.WHWA ADALAH SENIOR SAYA SEMASA DI HMAS NIRIMBA. SAYA MENERIMA E-MAIL BELIAU MELALUI BEKAS AFATS BRADERS @YAHOOGROUPS.COM
18 SG TEMPAH HOTEL 4 HARI DAPAT 7 BULAN
.“Rakan saya itu meyakinkan saya akan selamat kerana akan ditemani wakil syarikat yang menguruskan pelancongan percuma itu dan bakal ditempatkan di sebuah hotel mewah selama empat hari. “Selama di sana saya dilayan dengan baik dan apabila tiba saat untuk pulang pada 14 Ogos tahun lalu, seorang wanita yang mendakwa wakil syarikat itu yang menemani saya menyerahkan sebuah beg kecil sebagai sagu hati tanpa diketahui isinya.
“Ketika di lapangan terbang kira-kira jam 10 malam selepas melalui pemeriksaan pengimbasan, saya ditahan pegawai imigresen negara itu,” katanya ketika ditemui di sebuah hotel di sini, semalam.
Nur Dhiya berkata, sebaik ditahan, dia hanya berdoa kerana tidak mengetahui motif rakan baiknya serta wakil syarikat pelancongan itu berbuat demikian dan hanya mengetahui dirinya dikhianati selepas dipenjara.
“Saya sungguh insaf dengan pengalaman ini kerana pertama kali berjauhan dengan ibu, ayah dan adik-beradik. Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini.
“Saya menasihatkan remaja supaya berhati-hati dengan rakan sendiri dan orang yang baru dikenali kerana kebanyakan mereka mempunyai muslihat,” katanya yang dibebaskan daripada penjara selepas Mahkamah Tinggi Cape Town memutuskan dia tidak bersalah dalam kes pengedaran dadah.
Menurutnya, walaupun dilayan dengan baik, pengalaman tinggal dalam penjara bersama tahanan warga Afrika amat menginsafkan kerana mereka sering bergaduh menyebabkan dirinya tertekan selain berjauhan orang tersayang.
Harian Metro pada 15 Ogos tahun lalu melaporkan Nur Dhiya ditahan di lapangan terbang Cape Town selepas dikesan membawa 1.2 kilogram syabu dan ditempatkan di sebuah pusat tahanan.
Sementara itu, ibu dan bapanya, Roslah Abd Jani, 44, dan A C Musa Abu Chik, 43, bersyukur kerana mimpi ngeri keluarganya berakhir apabila Nur Dhiya atau lebih dikenali sebagai Baby dibebaskan dan kini kembali ke pangkuan keluarga.
GAMBAR HIASAN
PAUTAN:hmetro.
Subscribe to:
Posts (Atom)



