FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Tuesday, March 15, 2011

MAKLUMAT TERKINI DAN BENAR MENGENAI MALAYSIA

.Malaysia yang ku cintai
 
Saya bukan lah totok UMNO tidak juga taksub Anwar, bukan orang politik tetapi mengikuti perkembangan politik tanahair secara terperinci.   Sekadar  ingin berkongsi pengalaman dan pandangan dengan semua yang sudi membaca.  26 tahun dalam tentera dari seorang perantis putera hingga pencen Lt Kdr, satu pencapaian yang tidak boleh dibanggakan tetapi bersyukur.  Sering kita dengar orang buat perbandingan kemajuan dicapai Negara kita dengan Singapura, Jepun, Korea dan lain lain Negara maju di Asia.  Ok lah saya tiada komen dalam hal perbandingan ini, untuk berlaku adil elok rasanya kita buat  juga perbandingan dengan negara yang hampir sama dengan geograpi negara kita iaitu Negara Ghana di Afrika Barat.
Apa yang sama? Ghana mencapai kemerdekaan dari British pada tahun yang sama dengan Malaysia 1957, pada 6 March.  Mereka mempunyai pemimpin yang di sanjungi hingga kini bapa kemerdekaan seperti YAM Tengku Abdul Rahman iaitu Kwame Nkrumah.  Penduduk 20 Juta dan keluasan muka bumi hampir sama terletak di garisan Khatulistiwa dan iklim yang sama.
Selepas lebih 54 tahun merdeka kita mungkin menganggap kemajuan di Ghana mungkin sama atau sekurang-kurangnya sedikit kebelakang tapi hakikatnya Ghana ketinggalan terlalu jauh kebelakang mungkin 30 atau 40 tahun ketinggalan dari kita di Malaysia, mengapa jadi begini? Walhal koko yang kita tanam, diambil di Ghana, kelapa sawit juga dari Ghana pernah satu ketika dahulu menteri kita datang ke Ghana untuk belajar pertanian di sini, seingat saya dalam buku teks Ilmu Alam disekolah rendah dahulu ada silibus mengenai negara Ghana tetapi sekarang kita tidak perlu belajar dari mereka kerana kita telah lebih maju.
Biarlah saya mengukur kemajuan dari sudut lebih mudah difahami dari membuat perbandingan mengikiut piawan ekonomi dunia melalui KDNK, tidak dinafikan kemudahan asas seperti air bersih dan api  letrik telah disediakan kepada penduduk, tetapi masih ramai lagi yang masih berkongsi paip air yang disediakan kerajaan ditepi tepi jalan kawasan perumahan di tengah Bandar, tetapi kemudahan letrik tidak ada masalah.
Bagi rumah kediaman, terlalu besar bagi segelintir orang yang kaya, tetapi terlalu ramai yang tinggal di pondok setinggan di pinggir Bandar dua perbezaan yang sangat ketara, kenderaan pelbagai jenama diimport dari eropah dan Asia terlalu banyak dijalanraya, tetapi lebih banyak lagi penduduk menaiki kenderaan awam yang terlalu daif dipanggil tro tro.  Jalanraya, tidak diurus dengan baik lubang dibiarkan tidak bertampal, satu lebuhraya sepanjang 30 KM dari bandaraya Accra hingga kawasan industri Tema dibina pada tahun 60an, tidak diselenggara dengan baik dan itu lah satu satunya kalau nak dikatakan lebuhraya di Ghana ini. 
Pintu masuk ke Accra, lapangan terbang antara bangsa Kotoko, jika hendak dibandingkan dengan KLIA seperti langit dan bumi, tidak juga setaraf dengan lapangan terbang Subang terlalu jauh hendak dibandingkan Subang dengan Kotoko.  Tidak lengkap rasanya kalau tidak dibanding kelengkapan ketenteraan mereka, kapal perang seperti tongkang saja layaknya, untuk bandingkan APMM kita dengan Tentera Laut mereka saja sudah terlalu jauh tak perlu saya sebut TLDM untuk dibuat perbandingan.  Peralatan Tentera Udara dan Darat mereka tidak hampir pun dengan kita tidak layak di buat perbandingan.  Cuma satu yang ketara harga kereta disini terlalu murah dibandingkan dengan Malaysia.  Saya buat perbandingan berdasarkan nilai duit setempat iaitu dari satu ringgit Malaysia dangan satu cedi Ghana agar kita mudah faham, bukan buat perbandingan berdasarkan nilai US Dolar yang selalu pak menteri kita memperbodohkan kita dari dulu bila harga barang dinaikkan. (saya harap semua faham saya maksudkan) contohnya, mereka kata, harga minyak lebih mahal di singapura bila di tukarkan duit singapura ke dalam ringgit Malaysia, memang lah harga tersebut jadi mahal kerana duit singapura 2.5 kali ganda dari ringgit kita bila dikira dalam nilai RM, tapi mengapa tidak pula kira berapa gaji pekerja mereka dapat, kanapa tidak pula tukarkan kedalam RM sudah tentu gaji mereka 2.5 kali ganda apa yang kita dapat. Wahai pak menteri dan professor K..g K…g, jangan bodohkan rakyat Malaysia yang dah cerdik ni ye.
Untuk berlaku adil elok juga perbandingan dilakukan tidak bias sebelah pihak saja, harga minyak lebih murah disini walaupun bukan negara pengeluar minyak, harga beras siam juga lebih murah dan makanan asasi seperti ayam, daging ikan jauh lebih murah dari negara Malaysia.  Harga pakaian juga murah dan mudah diperolehi walaupun tiada gedung gedung besar seperti di Manjung (sengaja saya tidak bandingkan dengan Kuala Lumpur) Di Manjung tempat saya menetap selama 28 tahun, jika dibandingkan dengan kemudahan dari segala aspek dengan Accra, ibu negara Ghana juga terlalu jauh.  Tetapi harga rumah dan tanah disini amat murah jika dibandingkan di Manjung mendirikan banglo hanya dalam 100K Cedi sahaja. Oh ya, harga Toyota Camry baru di sini lebih kurang 30 ribu Cedi sahaja (Ok lah untuk mudah faham lebih kurang RM60 Ribu) begitu juga harga kereta mewah yang lain dalam sekitar harga tersebut.  Sengaja saya sebutkan harga kereta dan rumah kerana harga kereta dan rumah di Malaysia terlalu mahal, camry, Merz, BMW dan Honda hanya bagi yang berada sahaja.  Proton pun dikira mahal itu lah sebabnya ramai yang berhutang nasib baik interest bank tidak tinggi seperti disini.
Dari perbandingan ini, saya berharap dapat membuka mata kepada kita semua, dari hujan emas di negara orang, lebih baik hujan batu dinegara sendiri.  Hampir setahun menetap di sini, pengajaran yang paling berguna adalah stabiliti politik membezakan Malaysia dan Ghana itu lah sebabnya kita lebih maju 30 tahun kedepan dari mereka, Cuma negara kita akan lebih harmoni jika, pemimpin tidak mengaut kekayaan terlalu banyak untuk diri sendiri dan kroni, lebih baik kalau berkongsi kek besar tersebut kepada semua rakyatnya.  Walau bagaimanapun saya bersyukur jadi rakyat Malaysia tiada siapa boleh pertikai kerakyatan saya walau pun pandangan saya ada kalanya tidak condong kepada kerajaan memerintah kerana kita demokrasi.  Tetapi hakikatnya, saya enjoy dengan pencen dan pekerjaan yang kerajaan sediakan, dengan kontrak baru RM6 Billion kepada syarikat saya bekerja ni (dan juga ramai pesara TLDM cari makan) insyaallah boleh bertahan sehingga pencen ke dua saya nanti. Saya mungkin boleh tenang bila sampai masa pencen ke dua nanti kerana ada rumah yang selesa dan sedikit simpanan di hari tua dan yang paling penting rumah dekat dengan masjid (sekurang kurangnya setiap waktu saya tidak ketinggalan berjemaah), saya bersyukur, tetapi bagaimana dengan anak cucu kita adakah mereka mampu untuk membeli keperluan asas kelak?Cheers.
531033 App Sjn
Hj. Wan Haniff W.A
HJ.WHWA ADALAH SENIOR SAYA SEMASA DI HMAS NIRIMBA. SAYA MENERIMA E-MAIL BELIAU MELALUI BEKAS AFATS BRADERS @YAHOOGROUPS.COM