Semalam selepas sembahyang Jumaat (masjid dirahsiakan), juak juak Pas, Papa Gomo kata "pencacai", mengedarkan risalah kepada para jemaah iaitu Buletin Tenang dan sisipan Rayuan Tuan Guru serta Kenyataan YAB Lim Guan Eng.
Saya ingin menyentuh mengenai Kenyataan LGE yang antaranya menyebut - Tujuan Kerajaan Negeri memperkenalkan tender terbuka adalah untuk menggalakkan ketelusan, mengurangkan pembaziran, membenteras amalan rasuah dan menjimatkan kos perbelanjaan negeri.
Dibawah kenyataan itu diletakkan tender tender yang diluluskan oleh JPS dan JKR bagi tahun 2008 - 2010. yang menunjukkan 100% penguasaan bumiputra bagi tender JPS dan 98% penguasaan Kontraktor Melayu bagi tender JKR.
Kesimpulannya, juak juak pembangkang ni tahu tak, yang itu menunjukkan tender yang diperolehi oleh kontraktor melayu, hanya tender buat longkang dan buat jalan aje, yang untungnya tak seberapa. Pasal ape tak tunjuk tender Jabatan-jabatan lain. Disinilah pentadbiran LGE mengiktiraf, yang dikatakan urus tadbir Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), bahawa kontraktor melayu hanya layak buat longkang dan jalan aje (sungguh telus). Untuk pengundi-pengundi DUN Tenang lu pikir lah sendiri. Mungkin ada bloggers lain nak tambah, silakan. cili kasi taruk
No comments:
Post a Comment