FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Sunday, January 30, 2011

Banjir di Tenang tidak jejaskan pengundian


KENDERAAN TENTERA DI GUNAKAN UNTUK MEMBAWA PENGUNDI DI KG SAWAH BARU


30/01/2011 1:25pm


LABIS 30 Jan— Beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.
Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt. Abdul Aziz Ahmad berkata, setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.
Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Beliau berkata, proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.
"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini. — Bernama

Keratan Akhbar dari Utusan Online

No comments: