FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Saturday, April 9, 2011

KARPAL WELCHA

KATA DULANG....


Naik loya tekak melihat pembangkang berkempen antaranya mainkan isu Taib Mahmud sudah 30 tahun menjadi Ketua Menteri.
Apa mereka tak sedar, pembangkang merupakan parti paling ramai pemimpin sudah melepasi tarikh lupus tetapi masih tidak ada tanda-tanda mahu meletakkan jawatan.
Masih mahu berpaut dengan gelaran YB sampai mati walaupun sumbangan kepada rakyat kian merosot.
Lihat sahaja umur Kit Siang, bapa Guan Eng si KM P. Pinang dan menantunya Betty Chew (Adun di Melaka). sudah melepasi 70 tahun.
Berpindah randah Kit Siang mencari tempat selamat untuk terus kekal bergelar YB, bermula seawal 1969 di Kota Tinggi. Kit Siang sudah 42 tahun jadi wakil rakyat!
Lihat pula Karpal Singh, peguam berkerusi roda yang terlalu sibuk dengan firma guamannya tetapi masih tidak mahu melepaskan jawatan YB.
Karpal yang anaknya Gobin Deo juga adalah YB. Karpal dah berusia 71 tahun. Dia jadi wakil rakyat seawal 1974 di kerusi Alor Setar! Dah 37 tahun dalam politik.
Satu lagi yang nak bergayut sampai mati dengan gelaran YB ialah MB Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.
Dah melepasi 80 tahun usianya. Selalu sakit. Keluar masuk hospital. Dipilih sebagai YB Pengkalan Chepa pada 1967. Maknanya dah 44 tahun jadi YB. Lamanya sangat tuuu! Bagilah ruang dan peluang pada muka baru.
Hadi Awang pula berusia 64 tahun. Dipilih sebagai YB di Marang pada 1982. Dah hampir 30 tahun.
Akhirnya Anwar Ibrahim yang dipilih sebagai YB Permatang Pauh pada 1981, sudah 30 tahun dalam politik.
Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin, air ludah jatuh ke muka sendiri.
Dasar Pakat Kelentong Rakyat, Pakatan Kacau Rakyat. Hampasss!

PAUTAN: helangbuana