FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Monday, April 11, 2011

CAKCIBO JATUH TERHEMPAS

.Sebuah helikopter terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu, Sarawak kira-kira 1.40 petang sebentar tadi.



Kejadian berlaku selepas helikopter terbabit menurunkan tiga penumpang. 


Iaitu Pembantu Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua pegawai keselamatan.


Juruterbang helikopter ini, satu-satunya yang masih berada di dalam pesawat ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.


Keadaannya masih belum diketahui.


Setiausaha Akhbar Tan Sri Muhyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH  Hotel, kira-kira 100 meter dari dataran itu tergamam dengan kejadian yang berlaku.


Menurutnya helikopter berkenaan tidak mengalami sebarang masalah semasa mereka berlepas dari Bintangor Datau semasa dalam penerbangan.


Punca kejadian masih disiasat

tv3