FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Sunday, March 27, 2011

GTP TU APE EK?

.



Menurut Datuk Seri Najib, GTP tidak sunyi daripada kesangsian dan kritikan segelintir pihak. Namun, rakyat sendiri paling baik dan layak untuk menghakimi prestasi dan kemajuan yang dicapai itu.

Sebagaimana dijanjikan, keseluruhan prestasi GTP, NKRA disiarkan tanpa sebarang prasangka. Ia dikongsi bersama dalam usaha memastikan akauntabiliti dan ketelusan proses itu.

Datuk Seri Najib yakin, pelan hala tuju GTP, NKRA, program transformasi ekonomi berasaskan aktiviti ekonomi utama nasional untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inisiatif pembaharuan strategik, berada di landasan terbaik mencapai aspirasi wawasan 2020.

Dengan perjalanan masa hadapan lebih mencabar, kerajaan mampu dan bersedia memikul tugas menjuarai usaha membawa hasil ketara bermakna kepada rakyat. GTP katanya, akan terus mengenalpasti masalah sebenar dan menyampaikan penyelesaian yang ketara dan kepastian tiada seorang pun warga Malaysia diabaikan dan dibiar ketinggalan.

PAUTAN: