FOLLOWERS

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureANNIVERSARY

Thursday, January 13, 2011

PART 3. R.U.H

PART 3: RAHSIA USAHAWAN HIGOAT DARI RUMAH

Pencarian rahsia usahawan higoat dari rumah adalah sangat mudah untuk diterokai setelah kita menyedari bahawa kita memang ingin menjadi usahawan higoat dari rumah sehingga berjaya dengan langkah-langkah yang akan kita laksanakan sekejap lagi. Tidak banyak yang perlu kita lakukan jika kita tahu prinsip bantu membantu dan tolong menolong di dalam sesebuah perniagaan.

Jadi asas utama di dalam perniagaan dan keusahawanan ialah kita tidak mampu berdiri sendiri jika tiada sokongan/bantu/tunjuk ajar daripada mereka yang lebih mengetahui. Ini sudah menjadi satu fakta yang tidak boleh kita nafikan. Jadi
 'MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMBANTU DAN MENOLONG UNTUK KEJAYAAN BERSAMA, KONGSI KEJAYAAN BERSAMA DENGAN SATU MATLAMAT UNTUK BERJAYA'

Kejayaan kita akan lebih manis dan bermakna jika dapat dikongsi bersama-sama. Dari itu barulah berlaku teamwork dan bekerjasama dengan satu visi dan misi untuk berjaya. Kita akan jadi kuat dan sanggup menghadapi cabaran bersama-sama tanpa mementingkan diri sendiri membiarkan orang lain menjadi mangsa kerana sikap kita.

MATLAMAT KITA (15 RAKAN NIAGA)
  • Mari kita permudahkan rahsia kejayaan yang kita ingin capai di dalam bisnes ini. Apa matlamat kita di dalam bisnes ini? tentu sahaja ingin mencari pendapatan yang besar. nama lagi usahawan, takkan nak ciput je...he3x.

  • Rahsia dalam bisnes higoat ialah 'KITA MEMERLUKAN 15 RAKAN NIAGA' yang sama-sama mempunyai matlamat untuk berjaya sebagai usahawan dari rumah. Persoalannya dari mana kita hendak mendapatkan 15 orang ini yang akan menyumbang kepada kita 3000 pv jumlah belian produk terkumpul daripada keluaran hrmarketing.

  • Inilah tugas kita yang paling besar di dalam bisnes ini...adakah kita berani menyahut cabaran ini? Jika tidak, mengapa kita bermimpi untuk menjadi usahawan????? Ini yang mesti kita tanamkan di dalam diri supaya ia menjadi mudah kepada kita walaupun orang lain nampak seperti lautan api atau gunung yang sukar didaki. Ini semua mainan perasan yang mesti kita kawal jika ingin berjaya.

  • Setelah kita mengetahui matlamat yang ingin kita capai, barulah kita di mana kedudukan kita dan ke mana arah yang kita ingin tuju. Dengan meletakkan fokus yang betul (yang akan saya terangkan di dalam part seterusnya), insyaAllah tidaklah berat sangat tugas/usaha yang perlu kita lakukan. Tinggal lagi kita hanya perlu konsisten, lakukan tugas harian seperti yang ditunjukkan, berehat jika penat, sambung semula dengan kekuatan baru, tambah ilmu sedikit demi sedikit....sudah pasti kejayaan di dalam genggaman kita.
.........Selepas ini, INSYAALAH KITA LAH KUNCI RAHSIA kejayaan kita. kita akan buat apa yang kita kata, janji mesti dikota, niat mesti dilaksanakan.

RAHSIA USAHAWAN HI GOAT DARI RUMAH

PART 2: RAHSIA USAHAWAN HIGOAT DARI RUMAH

Sebelum meneruskan tajuk ini, saya ingin bertanya rakan-rakan samada sudah membaca part 1 sebelum ini, jika belum saya cadangkan baca dan fahami dahulu kerana tugas kita selepas ini akan menjadi lebih penting dalam proses melatih diri kita untuk bergelar usahawan higoat dari rumah. Ada pengorbanan masa di perlukan untuk melakukan rutin-rutin harian kita sebagai usahawan walaupun hanya dari rumah tetapi jangan pandang remeh kerana sudah ramai di luar sana yang berjaya mencipta pendapatan besar hanya bekerja dari rumah.

Mari kita perincikan bagaimana kita ingin memulakan langkah pertama kita sebagai usahawan higoat dari rumah yang akan memberikan pulangan yang baik/lumayan kepada kita. 
  1. Kita mesti pelajari cara-cara menggunakan blog, facebook atau email untuk tujuan memberitahu kepada orang lain bisnes kita dan mengajak merek untuk turut sama.
  • Sediakan 1 akaun facebook, 1 akaun email, 1 blog (boleh guna yang saya punya ini untuk link promosi)

  • Belajar sedikit cara bagaimana nak promosi menggunakan alat-alat ini. Banyak ditunjukkan di dalam youtube dan sebagainya.
Ingat: Kita bukan nak jadi jaguh internet, kita hanya hendak mengiklankan produk dan bisnes kita sahaja, jadi kita tidak perlu terlalu mahir tentang IT ini. Cukup sekadar kita boleh berhubung dan memberi jawapan kepada pertanyaan orang lain.

KAJIAN SAINTIFIK

Kajian Saintifik

Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:
  • Tenaga Protein Lemak Karbohidrat Gula Kalsium
  • Zat Besi Vitamin A Vitamin B2 Vitamin C Vitamin D
  • Vitamin B12 Asid Folik Inositol Sodium Potassium
Ramai juga yang telah mengamalkan Susu Awal Lembu sebagai pemakanan tambahan, tetapi yang mana lebih baik, adakah Susu Lembu atau Susu Kambing? Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa:
  1. Susu Kambing tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  2. Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  3. Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  4. Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  5. Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
  6. Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
  • Protein 2.1 kali ganda Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

SUSU HI GOAT

Hi Goat SUSU KAMBING YANG MUDAH DIBANCUH, BERKHASIAT, HALAL LAGI SUCI

HiGoat - Rahsia susu kambing yang kini disingkap mutu khasiat dan kebaikannya. Susu kambing terlaris buat anda sekeluarga yang diyakini manafaatnya. Harga berpatutan, penuh nilai khasiat dan bermutu tinggi, suci lagi halal.
Muqaddimah
Kini terdapat cara mudah untuk meminum susu kambing. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk simpan susu kambing bagi mengekalkan kesegaran, bau yang tidak menyenangkan. Penemuan terbaru susu kambing dalam bentuk tepung yang dinamakan Hi Goat keluaran Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang dijamin Suci dan Halal. Susu Tepung Hi Goat adalah unik dan terbaik kerana:
  • Pertama di pasaran
  • Rasa yang enak
  • Penyediaan mudah dan segera
  • Sesuai untuk semua
  • Bau yang menyenangkan
  • Tanpa gula
  • Tiada bahan pengawet dan pewarna Organik
Kelebihan & Khasiat
Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
1) Merawat Kencing Manis
9) Kebas Kaki dan Tangan
2) Sakit Jantung dan Darah Tinggi
10) Migrain
3) Gastrik
11) Semput
4) Asma (Lelah)
12) Masalah Keletihan
5) Acute Anemia
13) Masalah Kulit
6) Tulang Belakang Reput
14) Masalah Ketika Mengandung
7) Angin Ahmar
15) Masalah Ketika Kelahiran
8.) Insomnia
16) Susah Buang Air Besar & Buasir
Pasti anda tertanya-tanya kenapa Susu Kambing Hi Goat boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan untuk semua tanpa mengira umur serta membantu menyembuhkan penyakit? Ini adalah kerana Hi Goat mempunyai faedah-faedah berikut kepada kesihatan:
  • Rendah Laktosa Tinggi Protein Tinggi Kalsium
  • Tinggi Selenium PH Alkali Molekul Lemak Halus
Telah terbukti Susu Kambing Hi-Goat mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding Susu Lembu biasa. Ramai yang telah menggunakannya dan dalam masa 3 bulan dilancarkan, Susu Kambing Hi-Goat telah mencapai jualan sebanyak 20,000 kotak.

photo ku